Rekaan Design

LAJNAH INFORMASI

DITAJA

LAJNAH EKONOMI:

Wednesday, June 18, 2008



MUNAJAT IMTIHAN

Alhamdulillah...Lajnah Tarbiyyah MPMKUDQI telah berjaya menyempurnakan satu Munajat Imtihan pada 18 Jun 2008 jam 8 malam bertempat di Dewan Utama KUDQI... Majlis Munajat ini disempurnakan dengan bacaan Yaasin dan Solat Hajat berjamaah yang diketuai oleh pengerusi lajnah sendiri iaitu al-akh Mohd Ridzuan Mohd dan majlis ini diakhiri dengan solat isya' berjamaah yang diimami oleh Presiden MPMKUDQI al-akh Mohd Ridhuan Abdul Karim. Mudah-mudahan Allah s.w.t mengi'tiraf munajat ini dan menjadikan peperiksaan yang sedang dan bakal ditempuhi oleh kami dapat berjalan dengan baik dan lancar...insyaAllah. Perlu diingatkan bahawa imtihan ini hanyalah ujian teori dari apa yang kita pelajari..ujian amalinya adalah amalan seharian kita selaku hambaNya dan juga agen dakwah yang mendokong syiar agamaNya..

"inna maal 'usri yusra"..

Oh Allah..please help us, YOU are The Almighthy ALLAH, YOU are The Greatest, YOU are The King of the kings..
Ya ALLAH..please listen our prayer, make us hardworking, intelligent,bright here & hereafter..
Oh ALLAH..make us more successful..unleash,appreciates & a bove all here & hereafter..
Please ALLAH..make us futher our study become a good student, a good friend,a good child and a good muslim besides YOU..ALLAH..here & hereafter..
Amin ya Rabbal 'alamin


BITTAUFIQ WAN NAJAH..INNALLAH MA'ANA.

Monday, June 16, 2008

ORGANISASI HESIS MPMKUDQI



Struktur Organisasi

HESIS MPMKUDQI '07'08

Penaung

Ustaz Mahmood bin Sulaiman

Penasihat

Ustaz Kamaruzzaman bin Abdullah

Ketua HESIS

Al-Ukhti Nurul Asma' binti Wahap

Timbalan Ketua HESIS

Al-Ukhti Tengku Norsaidatul Umaira binti Tengku Rahim

Setiausaha HESIS

Al-Ukhti Ummi Atikah binti Azis

Bendahari HESIS

Al-Ukhti Hamizah binti Mohamad

Ketua Unit Tarbiah

Al-Ukhti Solehah binti Sulaiman

Ketua Unit Akademik

Al-Ukhti Sumiyyah binti Mohamad

Ketua Unit Informasi

Al-Ukhti Tengku Norsaidatul Umaira binti Tengku Rahim

Ketua Unit Ekonomi

Al-Ukhti Hamizah binti Mohamad

Ketua Unit Kebajikan

Al-Ukhti Nur Ain binti Asli

Ketua Unit Hubungan Luar

Al-Ukhti Nurul Asma' binti Wahap

Ketua Unit Sukan & Kebudayaan

Al-Ukhti Tuan Syazwani binti Tuan Mohd Fauzi

SALAM TA'ARUF

.'. SALAM TA'ARUF
Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama,
Andai setitis air mata mengalir dipipimu kerana kesedihan,
Sejuta semangat membahumu dari belakang,
Andai seorang rebah,
Tak dibiarkan rebah untuk kali kedua.
Ya ALLAH…
Kami punya tali persaudaraan yang sukar untuk diertikan,
Namun janganlah KAU dugai kami dengan dugaan yang tak mampu untuk kami tanggung,
Satukanlah ukhuwwah diantara kami bak kasihnya para sahabat pada rasullullah,
Untuk kesekelian kalinya hanya padaMU kami pohon,
Kekalkanlah ukhuwwah diantara kami dan tunjukkanlah kami jalan yang kau rahmati…
@@@

Dalam riak wajah, ada pancaran dakwah,
Dalam tutur bicara, ada gema tarbiah,
Dalam gerak langkah, ada semangat mujahadah,
Kita lupakan wajah yang layu,
Kita tinggalkan bicara pilu,
Kita kuburkan langkah yang lesu,
Bangkit menjulang perjuangan,
Tatkala yang haq mendabik megah dan kebatilan akur menyembah,
ALLAH maha mengetahui….
Bahawa kita pernah bersama….
Menyeka peluh dan air mata…
Demi ISLAM tercinta….
Salam PERJUANGAN setinggi ukhuwwah, selautan mahabbah, sekencang dakwah….
by : anje_batrisyia